Saturday, 1 September 2012

Mengapa Buah Delima?


MENGAPA DELIMA?



Delima merupakan tanaman buah-buahan yang berasal dari Iran. Buahnya bulat hampir sebesar limau, berkulit keras dan kemerahan. Isinya berbiji-biji seperti Kristal.

Dalam sesetengah masyarakat, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Misalnya buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.

Orang Cina pula menyajikan buah delima sewaktu upacara perkahwinan kerana ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.

Dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia untuk dinikmati dan sebagai penawar di atas dunia.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Rahman ayat 68 yang bermaksud:
“Di dalam kedua-dua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurma dan pokok delima”

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
“Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut” (Diriwayatkan Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
“Tidaklah buah delima yang ada pada kalian sekarang ini, melainkan sebahagian daripada buah delima dari syurga”


Dapatkan khasiat delima dari ekstrak jus delima, 
hanya bancuh dengan air panas atau sejuk, 
sedia untuk dinikmati

Hanya RM25 termasuk pos.

No comments:

Post a Comment